perjalananku.......

Wednesday, April 25, 2012

Bangunan Parlimen


Bangunan Parlimen ini telah dirasmikan pada  2 November 1963. Bangunan ini mempunyai 18 tingkat dan digunakan oleh ahli-ahli parlimen yang telah terpilih untuk membincangkan  perkara-perkara yang berkaitan dengan politik negara.
Terletak di kawasan  Taman Tasik Perdana. Di dalam bangunan Parlimen terdapat Dewan Perwakilan, Dewan Senat, Dewan Majlis, Perpustakaan,  pejabat dan bilik-bilik mesyuarat.


Saturday, April 21, 2012

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Subjek : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Kelas : 4 Nyatoh
Tarikh : 18 April 2012
Tajuk : Warga Sekolah Yang Bertanggungjawab
Perbincangan Kumpulan Genius
Perbincangan Kumpulan Atomik Power
                                             
Perbincangan Kumpulan Excellent
Perbincangan Kumpulan Fantastik
                                 

Kumpulan Genius - pertama siap
 pembentangan hasil perbincangan
                                               
Wakil kumpulan mencatatkan hasil perbincangan di papan putih
Hasil Perbincangan Murid


Monday, April 9, 2012

MAKANAN SEIMBANG

PIRAMID MAKANAN

Apakah Piramid Makanan?

Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat. Makanan yang dimakan seharian perlu diambil paling banyak daripada kumpulan makanan di bahagian paling bawah Piramid, dan paling sedikit daripada kumpulan makanan di bahagian paling atas. Piramid Makanan mengandungi makanan yang dibahagikan kepada lima kumpulan berasaskan kepada kandungan zat dan fungsinya.

ARAS 1
Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian

Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin,mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak.
Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, mi, mihun, roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, dan ubi keledek, keladi dan kentang.

ARAS 2
Sayur-sayuran dan Buah-buahan

Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.

ARAS 3
Daging, Ayam, Ikan dan Kekacang

Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat.
Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya (seperti tauhu dan tempe), kacang dhal dan kacang merah.

Hasil Tenusu
Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Plihlah hasil tenusu rendah lemak.

ARAS 4
Lemak, Minyak dan Gula

Lemak, minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid.
Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan.

Wednesday, April 4, 2012

TEMA : SAYANGI KELUARGA


KELUARGA ASAS
Keluarga asas terdiri daripada ibu, bapa dan anak-anak. Setiap ahli keluarga mempunyai tanggungjawab tersendiri.

Tanggungjawab ayah:
1. Mencari nafkah dan menyediakan keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal.
2. Memberi perlindungan.
3. Memberi pendidikan

Tanggungjawab ibu:
1. Menjaga kebajikan keluarga seperti menyediakan makanan, mengemas rumah, memberi kasih sayang.
2. Memberi pendidikan dan pengetahuan.
3. Membantu ayah menguruskan rumah tangga.

Tanggungjawab anak:
1. Mematuhi segara arahan dan perintah ibu dan bapa.
2. Menghormati dan menghargai ibu dan bapa.
3. Belajar bersungguh-sungguh dan membalas jasa ibu dan bapa

Sunday, April 1, 2012

Sajak Guru Oh Guru - Sasterawan Negara Usman Awang


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat