perjalananku.......

Tuesday, March 27, 2012

RUKUNEGARA


Rukunnegara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan panduan dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia. Ia telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong ke-empat.

Ikrar Rukunegara adalah seperti berikut:

Bahawasanya, negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
  • mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya,
  • memelihara satu cara hidup demokratik,
  • mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama,
  • menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak,
  • membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
Maka kami, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
  • Kepercayaan kepada Tuhan,
  • Kesetiaan kepada raja dan negara,
  • Keluhuran perlembagaan,
  • Kedaulatan undang-undang,
  • Kesopanan dan kesusilaan.

2 comments:

english education rozanita said...

Rukun Negara merupakan tunggak dan pegangan serta panduan dalam memajukan negara. Hidup Malaysia!!!

AzuraAbdullah said...

Kombinasi prinsip-prinsip yang menjadikan rakyat Malaysia yang menghormati undang-undang dan hak masing-masing.

Post a Comment